Sains UPSR
Bahagian  A

Arahan:
Jawab semua soalan yang diberi. Anda diberi empatpilihan jawapan iaitu [ A ] [ B] [ C] dan [ D].
Pilih jawapan yang paling sesuai sebagai jawapan anda.  Kemudian sila KLIKbutang yang berkaitan dengan jawapan pilihan anda.

Contoh butang:

                                                      [  A  ]    [ B  ]    [ C  ]  [ D  ]


Soalan 1:
 
Antara tumbuhan berikut yang manakah menghasilkan spora?
P - cendawan
Q - kulat
R - teratai
S - paku pakis

 
[ A ]  P, Q dan R
[ B ]  P, Q dan S
[ C ]  P, R dan S
[ D ]  P, Q, R dan S


Soalan 2:
 
Antara berikut tumbuhan yang manakah membiak dengan keratan batang?
 
 


 

[ A ]  Serai
[ B ]  Tebu
[ C ]  Rumput kerbau
[ D ]  Jagung


Soalan 3:
 
Apakah bahan kumuh yang disingkirkan oleh paru-paru manusia?

I   Gas oksigen
II  Gas karbon dioksida
III Wap air
IV Gas nitrogen


 

[ A ]  I sahaja
[ B ]  II sahaja
[ C ]  I dan IV sahaja
[ D ]  II dan III sahaja


Soalan 4:
 
* Sejenis alat yang menggunakan satah condong.
* Alat ini boleh digunakan untuk menaiki curam.
Antara berikut, alat yang manakah boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?


 

[ A ]  Tangga
[ B ]  Tuas
[ C ]  Takal
[ D ]  Roda


Soalan 5:
 
Sebiji guli mengambil masa 5 saat untuk bergerak sejauh 20 meter. Cari kelajuan guli itu.


 

[ A ]  4 meter sesaat
[ B ]  3 meter sesaat
[ C ]  2 meter sesaat
[ D ]  1 meter sesaat


Soalan 6:
 
Antara oblek-objek berikut yang manakah diperbuat daripada tanah liat?

I   Jubin
II  Kapur 
III Pasu
IV Cermin muka


 

[ A ]  I dan II sahaja
[ B ]  III dan IV sahaja
[ C ]  I dan III sahaja
[ D ]  II dan IV sahaja


Soalan 7:
 
jagung ==>ayam==>musang==>harimau
Rantai makanan ini menggambarkan suatu habitat di hutan. Siapakah menjadi pengeluar dalam rantai makanan ini?


 

[ A ]  ayam
[ B ]  jagung
[ C ]  harimau
[ D ]  musang


Soalan 8:
 
Sifat suatu bahan adalah seperti baerikut:
* membenarkan cahaya melaluinya
* membolehkan kita melihat objek melaluinya
Di antara berikut, yang manakah mempunyai sifat seperti di atas?


 

[ A ]  bahan lut cahaya
[ B ]  bahan legap
[ C ]  bahan cerah
[ D ]  bahan lut sinar


Soalan 9:
 
Bahagian logam besi dibersihkan dengan kertas pasir. Kemudian bahagian tersebut disapu dengan cat minyak. Apakah tujuannya?


 

[ A ]  untuk memberi lebih apungan
[ B ]  untuk menggilap
[ C ]  untuk mencegah pengaratan
[ D ]  untuk mengalirkan arus elektrik


Soalan 10:
 
Antara pengelasan proses pengawetan berikut, yang  manakah betul berdasarkan contoh bahan makanan?
 
 


 

      Bahan makanan     Proses pengawetan
[ A ]  Ais krim                   Pendinginan
[ B ]  Jeli                           Penyejukbekuan
[ C ]  Jem                          Pengeringan
[ D ]  Sos cili                     Pembotolan


Di tepi kolam Tuan Puteri,
Sekalong tahniah anda bistari !
Anda telah layak ke peringkat akhir !