Make your own free website on Tripod.com
 
PENDAHULUAN
Seseorang pemilik PC seharusnya tahu komponen-komponen PCnya.  Pengetahuan tentang nama, bentuk fizik serta fungsi komponen-komponen PC contohnya akan meningkatkan keyakinan seseorang menggunakan komputer multimedia apatah lagi khasnya bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Justeri itu, di dalam kertas kerja ini didedahkan kepada komponen-komponen asas yang terdapat pada sesuatu komputer peribadi atau disebut PC sahaja.

KOMPONEN-KOMPONEN  PC
Komputer merupakan mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data (INPUT) yang kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna.  Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT) semula sama ada dalam bentuk paparan, cetakan, dan sebagainya.  Maklumat itu juga boleh disimpan (STORAN) untuk digunakan, dieditkan pada masa akan datang. Pelaksanaan proses ini dinamakan Kitaran IPOS.  Umumnya proses ini saling berinteraksi di antara satu sama lain semasa komputer berfungsi dan ianya memerlukan perkakasan dan juga perisian bagi membolehkan ianya beroperasi dengan lancar dan sempurna. Bahagian komputer mengandungi empat blok .  Blok-blok ini saling berhubung kait semasa komputer berfungsi.  Blok-blok itu adalah seperti berikut :
# Unit Input –di mana pengguna dapat memasukkan maklumat ke dalam komputer. 
   Maklumat itu boleh berbentuk teks, data, grafik, imej, bunyi. 
# Unit Output –di mana maklumat  dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. 
# Unit Pemprosesan Pusat (CPU) –di mana data diproses. 
# Unit Ingatan atau Simpanan –di mana data atau program disimpan.

Umumnya juga, PC mengandungi kompenan-kompenan utama seperti berikut :
# Unit Input (Papan kekunci/Tetikus)
# Unit Output (Skrin paparan/pencetak)
# Unit Sistem (unit pemprosesan pusat)
# Unit Storan (Cakera Keras/Cakera Liut )

1. UNIT INPUT

Papan Kekunci
Papan kekunci atau ‘keyboard’ merupakan salah satu peranti input   Ianya  biasanya menyerupai mesin taip tradisional.  Peranti ini digunakan untuk memasukkan data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.  Papan kekunci mempunyai di antara 85 hingga 120 kekunci segiempat yang mewakili aksara, nombor, “punctuation”, dan arahan komputer.  Jumlah kekunci yang ada pada PC seseorang juga berbeza bergantung kepada PC yang digunakan.  PC desktop biasanya mempunyai 101 atau 104 kekunci.  Manakala PC yang lebih kecil seperti laptop, jumlah kekuncinya juga kurang kerana mempunyai ruang yang kecil. 
Papan kekunci disambungkan kepada PC melalui plug besar, plug kecil, dan kadang-kala tanpa plug.  Plug besar atau “DIN connector” merupakan sejenis sambungan “serial port” yang khas untuk sambungan antara papan kekunci dengan komputer.  Plug kecil atau dikenali “mini DIN” pula adalah sejenis sambungan yang hampir sama dengan sambungan yang digunakan oleh tetikus (mouse).  Papan kekunci yang tidak memerlukan sambungan secara terus sebaliknya beroperasi berdasarkan cahaya infrared (seperti remote control).
Secara dasarnya, sekiranya seseorang itu pernah menggunakan mesin taip tradisional, dia pastinya tidak akan menghadapi masalah semasa menggunakan papan kekunci untuk komputer.  Pada umumnya, sesuatu papan kekunci mengandungi jenis kekunci seperti berikut :
     # Butang kekunci mesin taip
     # Ruang menaip biasa dengan nombor dan aksara 
     # Butang kekunci numerik
     # Ruang nombor untuk memasukkan angka (tekan Numlock)
     # Butang kursor
     # Kekunci untuk menggerakkan kursor di antara aksara dan barisan
     # Butang fungsi
     # Kekunci untuk mengendalikan sesuatu fungsi yang diprogramkan
     # Butang kekunci komputer
     # Sekumpulan kekunci yang hanya terdapat pada papan kekunci komputer.
        Contohnya :
           i.  ALT (Alternate)
          ii.  CTRL (Control)
          iii. ESC (Escape)
          iv. ENTER 
     # Butang kekunci “Toggle”
     # Kekunci yang berfungsi “ON” dan “OFF” yang menghidupkan fungsi dan mematikan  fungsi.  
     Contohnya :
           i. NUM LOCK (Kunci nombor)
          ii. Caps LOCK (Kunci huruf besar / kecil)
          iii. SCROLL LOCK (Kunci paparan)
Namun demikian, beberapa kekunci tambahan yang telah dinyatakan di atas, yang tidak terdapat pada mesin taip tradisional, mungkin mendatangkan sedikit kesukaran kepada pengguna koomputer.  Antaranya :
     i. Kekunci ESC (Escape) yang terletak di penjuru atas sebelah kiri papan kekunci PC.  Ianya 
        digunakan untuk membatalkan arahan komputer dan juga proses yang sedang dilakukan.
     ii. Kekunci Windows 95 yang biasanya terdapat 2 kekunci tambahan yang beroperasi untuk 
        Microsoft Windows 95.
               # Icon kecil “pull down menu” yang beroperasi untuk mengaktifkan menu bagi
                  program  yang sedang digunakan
               # Logo Windows 95 yang akan mengaktifkan Start Button pada skrin PC
     iii. Kekunci CTRL (Control) yang sering digunakan untuk menghantar arahan kepada PC 
         dengan menekan dan memegang (hold) seiring dengan kekunci aksara.  Contohnya CTRL 
         S, bermakna kekunci CTRL ditekan seiring dengan kekunci S biasanya akan memberi 
         arahan “Save” data ke dalam storan.  Penggunaan sedemikian akan mempercepatkan 
         arahan kepada komputer.
     iv. Kekunci Fungsi (Function) yang terletak di bahagian atas sepanjang papan kekunci, 
         diwakili dengan F1 hingga F12.  Ianya beroperasi untuk menghantar arahan seperti juga 
         kekunci CTRL dan ALT.

Tetikus
Tetikus merupakan peranti input yang mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan.  Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.  Ia bergerak berdasarkan pergerakan bebola di bahagian bawahnya.  Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik, dan program desktop publishing. Semasa anda menggerakkan tetikus, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada. 
Biasanya tetikus mempunyai 1 hingga 3 bebutang (button) dan setiap bebola mempunyai peranan yang tersendiri.  Terdapat  4 aktiviti utama yang boleh dilakukan oleh tetikus iaitu :
     # Click atau single click – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
     # Double click – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
     # Right click – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
     # Drag and Drop – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Trackball
Trackball merupakan tetikus yang terbaik di mana bebola berada di bahagian atas.  Trackball digerakkan dengan memusingkan bebola dengan menggunakan tapak tangan atau jari anda.  Trackball juga mempunayi  1 hingga 3 butang yang berfungsi seperti tetikus apabila di klik. Kelebihan trackball ialah ia tidak memerlukan ruang permukaan yang rata atau keras. Ia juga tidak memerlukan ruang kerja yang luas.  Trackball sering juga digunakan pada komputer notebook.

KayuRia (Joystick)
Merupakan peranti input yang sangat digemari ramai terutama golongan muda iaitu untuk bermain “ computer game “.  Joystick berupa sebatang besi yang boleh digenggam dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 bebutang yang dinamakan “trigger”. Ia juga digunakan dalam bidang Computer Aided Design (CAD)

Pen Cahaya (Light Pen)
Peranti Input yang menggunakan konsep pengesanan  pekaan cahaya untuk memilih objek pada skrin paparan.  Ia hampir menyamai konsep yang ada pada tetikus, cuma dengan light pen, ia boleh menggerakkan pointer dan memilih objek  pada paparan dengan hanya menunjuk objek tersebut dengan pen.

Skrin Sentuh.
Peranti input yang menggunakan konsep pengesanan di mana ia bertindak bukan sahaja sebagai peranti output tetapi juga sebagai peranti input.  Ia menggunakan jari untuk membuat pilihan pada skrin, sekiranya lokasi pada skrin mengesan suhu lebih kurang 98.6 F (suhu badan ) ia akan membuat anggapan bahawa pilihan telah dilakukan

Digitizing Tablet
Peranti input ini terlibat dalam bidang komputer grafik.  Ia membenarkan untuk melukis pada sekeping tablet menggunakan pen yang khas dan lukisan tersebut akan terus dipaparkan di dalam skrin paparan komputer.  Tablet tersebut terdiri dari litar elektronik yang mampu mengesan gerakan pen dan menterjemahkan kepada signal digital yang difahami oleh komputer. 

Pad Sentuh
Ianya kecil dan peka kepada cahaya.  Digunakan terutama pada komputer notebook dan laptop.  Ia juga berfungsi dengan menggunakan sentuham jari terhadap pad yang peka terhadap sentuhan.

Pengimbas (Scanner)
Merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara, atau nombor, lukisan , dan gambar dalam bentuk tradisional ke dalam bentuk digital yang difahami oleh komputer.  Terdapat beberapa jenis peranti pengimbas yang utama iaitu:
    # Pengimbas Imej (Scanner) – Flatbed scanner/Hand-Held scanner/Sheet-Fed scanner/Photo
       scanner.
    # Peranti Pengenal Tanda dan Aksara – MICR/OMR/OCR
    # Bar Code Reader – 
    # Modem/Network Card
    # Sistem Pengenal Suara

Mikrofon
Suatu alat yang pengguna memang sudah biasa.  Ia memerlukan perisian yang khusus untuk menerima dan memproses gelombang suara atau bunyi.

 

2.  UNIT OUTPUT

Peranti Output atau peranti keluaran merupakan peranti yang terdiri daripada alat-alat yang menterjemahkan maklumat yang telah diproses oleh komputer ke dalam bentuk yang boleh di fahami oleh manusia.  Data-data atau maklumat yang telah diproses oleh komputer biasanya dalam bentuk kod binari yang diwakili oleh angka 0 dan 1 yang perlu diterjemahkan kepada bentuk yang lebih difahami dan berguna untuk manusia.
Terdapat 2 jenis output yang utama iaitu:
    # Softcopy – berkaitan monitor dan audio.
    # Hardcopy – berkaitan printer.

Skrin Paparan (Monitor)
Skrin paparan atau “Monitor” pula merupakan sejenis peranti output yang paling utama.  Juga dikenali dengan nama VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT (Cathode Ray Tube) ataupun skrin. Fungsinya adalah untuk memaparkan maklumat.  Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.  Tanpanya kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taipkan.  Oleh itu komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang. 
Monitor dapat dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan keupayaan dari sudut paparan warnanya, iaitu :
   # Monokrom (Monochrome)
      Monitor jenis ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum
       ianya dapat berfungsi sebagai unit paparan.  Ianya biasanya hanya mampu memaparkan 2 
      jenis warna iaitu satu di bahagian belakang (background) dan satu warna lagi di bahagian 
      hadapan (foreground).  Warna-warna ini boleh jadi hitam dan putih, hijau dan hitam atau 
      amber dan hitam.
   # Gray Scale
      Hanya berkeupayaan memaparkan pelbagai corak dan bayang dalam bentuk gray (kelabu).
   # Warna (Colour)
      Paling utama dan paling popular di kalangan pengguna.  Memerlukan kad adapter yang 
      disambung pada unit sistem sebelum ianya dapat berfungsi.  Berkeupayaan memaparkan dari 
     16 warna sehingga 16 juta warna yang berbeza.  Dinamakan juga RGB monitor kerana ia 
      berfungsi berdasarkan 3 signal utama daripada warna merah, hijau, dan biru (red, green, blue 
      – RGB)
     Terdapat pelbagai standard dalam membezakan skrin paparan warna, berdasarkan resolusi 
     pada skrin.  Contohnya :
              # CGA (Colour Graphics Adapter) – 640 x 200 pixel
              # EGA (Enhanced Graphics Adapter) – 640 x 480 pixel
              # VGA (Video Graphics Array) 640 x 480 pixel
              # SVGA (Super Video Graphics Array) – 800 x 600 & 1024 x 768 pixel
              # XGA (Extended Graphics Array) – 2048 x 2048 pixel0
     Secara amnya, semakin padat atau semakin banyak jumlah pixel (yang diwakili oleh dots per 
     inci), semakin tinggi kualiti imej 9semakin jelas paparan gambar.  Monitor juga biasanya 
     terdapat dalam pelbagai saiz yang berdasarkan saiz skrinnya, diukur dari sudut ke sudut 
     seperti dalam saiz 14, 15, 17, dan 21 inci.
     # Resolusi
        Adalah berdasarkan jumlah dot atau pixel yang ada pada keseluruhan skrin.  Contahnya, 
        skrin yang berolusi 640 X 480 mampu paparkan 640 pixel pada setiap baris mendatar di 
        sepanjang 480 baris menegak, bermakna terdapat lebih kurang 3000 000 pixel secara
        keseluruhan.
     Resolusi  juga membayangkan bagaimana kepadatan pixel yang ada pada sesebuah skrin
     monitor.  Semakin padat atau semakin banyak jumlah pixel semakin tinggi kualiti imej iaitu 
     semakin jelas paparan atau gambar.  Kebanyakan monitor sekarang berkeupayaan 
     memaparkan 800  X 600 pixel malahan ada monitor mempunyai skrin paparan dengan
     resolusi 1600 X 1200.
  # Saiz Skrin
     Biasanya monitor dikeluarkan dalam saiz 14, 15, 17, dan 21 inci.  Monitor yang mempunyai
     saiz besar lebih mahal harganya dan sesuai bagi kegunaan “destop publishing” 
  # Refresh Rate
     Mewakili kepantasan monitor untuk memaparkan kembali.  Semakin tinggi refresh rate, 
     semakin rendah “flicker” pada skrin. Ia diukur dalam unit herz.
  # Non- Interlaced
     Suatu teknik yang membolehkan monitor memaparkan imej dengan resolusi yang tinggi tanpa 
     mengurangkan kadar kepantasan t/balasnya.
  # Passive Matrix
     Lebih murah berbanding dengan active matric.  Kurang terang dan warnanya kurang 
     menyerlah.  Paparannya sukar dibaca/diperhatikan dari pandangan tepi.
  # Active Matrix
      Lebih mahal dan mempunyai warna dan kejelasan gambar yang berkualiti.  Paparan kekal 
      jelas walaupun dari pandangan tepi/sudut. Ia juga dikenali sebagai paparan Thin-Film 
      Transistor (TFT)
  # Audio
      Selain dari berfungsi sebagai salah satu sumber input yang semakin popular, audio juga 
      mampu berperanan sebagai hasil output.  Output audio boleh dalam bentuk muzik, suara, dan
      juga kesan khas audio.  Speker merupakan kompenan yang membenarkan komputer 
      mengeluarkan audio untuk diterima oleh pengguna. 

Printer  (Pencetak)
Pencetak membolehkan pengguna mendapatkan salinan dalam bentuk hahrcopy dari hasil pemprosesan komputer dan input pengguna.  Salinan itu boleh juga dalam bentuk kertas bercetak, transparentcy atau pun “wax thermal paper”. 
Terdapat tiga jenis pencetak/printer iaitu :
     # Pencetak Matriks Bintik/Dot-Matrik
        Bekerja berdasarkan tekanan/hentaman (impact) pada kertas.
     # Pencetak Pancut Dakwat
        Bekerja berdasarkan semburan dakwat dari katrij.
     # Pencetak Laser
        Pencetak ini menggunakan teknologi yang sama seperti mesin fotostat.  Ia  bermutu tinggi, 
        berbagai saiz, dan stail.

3.     UNIT SISTEM

Unit sistem adalah unit komputer itu sendiri.  Terletak di atas papan induk.  Di sini semua kerja-kerja operasi, matematik, dan juga pemprosesan maklumat dilakukan.  Sistem komputer ini terdiri daripada yang utamanya iaitu Papan Induk / Papan Litar Utama (Motherboard), Unit Pemprosesan Pusat (CPU – Central Processing Unit/Unit Pemprosesan Pusat), dan lain-lain komponen berkaitan termasuklah pemacu cakera, slot pengembang, kipas, unit bekalan kuasa, port input / output, dan lain-lain litar sokongan. 

Papan Induk / Papan Litar Utama (Motherboard)
Ia merupakan nadi kepada kendalian komputer dan ianya juga terbina daripada litar elektronik cetak.  Biasanya papan induk ini atau ‘motherboard’ mengandungi Unit Pemprosesan Pusat (CPU), BIOS, memori, antara muka storan, serial dan parallel port, slot tambahan (expansion slot), dan pelbagai pengawal (controller) yang diperlukan bagi mengawal peranti utama seperti skrin paparan (monitor), papan kekunci (keyboard), pemacu (drive), dan sebagainya.  Papan induk ini juga berbeza-beza dari segi saiz dan rekabentuk.  Ada 3 jenis papan induk iaitu :
    # Saiz penuh : bersaiz besar yang menempatkan penyambung-penyambung.  Litar-litarnya 
       terletak pada papan penyesuai.
    # Saiz setengah : ianya lebih padat tepi memerlukan juga kad-kad pengawal monitor, cakera 
       keras, pemacu cakera, dan lain-lain.
   # Bus tempatan : yang sangat padat dengan kesemuanya dipasang di atas papan induk.

Slot Tambahan (Expansion Boards)
Merupakan papan litar sokongan yang boleh ditambah kepada motherboard bagi .sesebuah komputer.  Biasanya ia dipasang pada “ expansion slot “ yang ada pada motherboard.  Peranannya adalah untuk menambahkan keupayaan sesebuah komputer dari pelbagai sudut yang berbeza.  Contoh-contoh expansioan board yang utama ialah:
     # Video Adapter
        Ia adalah bagi meningkatkan kebolehan paparan pada skrin monitor.  Walaubagaimanapun, 
        keupayaan sesebuah komputer bergantung juga pada jenis monitor dan juga litar logikal 
        yang sedia ada pada video adapter. 
     # Grafik Accelerator
        Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keupayaan grafik tranformation.  Secara tidak 
        lansung dapat membantu meringankan bebanan CPU. Ia amat penting dalam penggunaan 
        komputer grafik, CAD, dan juga komputer game.
     # Sound Card (Kad Audio)
        Sejenis expansion board yang membolehkan komputer memanipulasikan audio sebagai 
        sumber outputnya.  Ia bertujuan untuk mengeluarkan bunyi-bunyian seperti muzik dan 
        soundeffect disampin salah satu cara memasukkan data dengan bantuan perisian audio dan 
       juga microfon.

BIOS (Basic Input/Output System)
Bios merupakan papan litar atau cip yang berada pada motherboard yang bertindak mengawal bagaimana sesebuah komputer berfungsi.  Tugas BIOS ialah mengaktifkan dan mencapai data mengenai jenis mikroprosesan yang digunakan (sama ada 486, Pentium atau sebagainya) dari CPU.  BIOS melaksakan self-test terhadap CPU.  Seterusnya BIOS akan membaca maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer daripada peranti yang dinamakan CMOS (Comlimentary Metal Oxide Semiconduktor) yang berada pada real time chip bersama-sama dengan sistem clock dan bateri.  CMOS mengandungi maklumat yang berkaitan dengan dengan perkakasan  (hahdware) seperti jenis pemancu cakera keras (Hard disk). Pemacu cakera liut (flopy disk) dan saiz ingatan utama.  BIOS akan menentukan jumlah ingatan utama yang ada dan membandingkan nya seterusnya akan mencari sistem pengoperasian yang digunakan oleh sistem komputer mengikut maklumat yang diberi oleh CMOS. 

Ingatan Utama (Main Memory)
Ingatan memori adalah merupakan kompenan komputer yang berperanan untuk memegang set arahan atau data sebelum diproses.  Saiz ingatan Utama memainkan peranan penting  dalam menentukan keupayaan komputer.  Semakin tinggi saiz ingatan utama, semakin tinggi keupayaan komputer.  Tetapi perlu diingat juga banyak faktor lain yang mempengaruhi tahap keupayaan sesebuah komputer contohnya seperti clock speed, jenis CPU dll. Saiz ingatan utama juga menentukan kelajuan dan jumlah program yang boleh dibuka serentak bagi sesebuah komputer.  Ingatan komputer diukur dalam unit megabyte (MB).  Terdapat dua jenis ingatan utama :
      # Random Access Memory (RAM) /Ingatan Capaian Rawak
         Ia berfungsi untuk menyimpan data yang sedang diproses buat sementara waktu agar ianya 
         pantas diantara CPU dan sistem pengoperasian.  Ia boleh melaksanakan proses baca dan 
         tulis dan tidak kekal dalamnya sebaik saja komputer ditutup (off).  Contoh jenis-jenis 
         modul RAM (SIMM-Single in-line Module dan DIMM-dual in-line Memory module) 
         seperti DRAM (Dynamic RAM), SRAM (Static Random-Access Memory), EDO RAM 
         (Extended-Data-Out-RAM), VRAM (Video RAM), Cache RAM.
      # Read Only Memory (ROM)/Ingatan Baca Sahaja
         ROM adalah sejenis ingatan yang sedia ada (kekal) dalam komputer walaupun punca 
         kuasa dimatikan.  Ia tidak boleh diubahkan dan ditulis tetapi boleh dibaca.  Terdapat tiga 
         jenis ROM iaitu
               # PROM-ianya boleh diprogram sekali sahaja. 
               # EPROM-boleh diprogramkan lebih dari sekali
               # EEPROM-boleh ditulis/programkan berulangkali menggunakan kuasa Elektrik.

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Ia merupakan otak bagi sesebuah sistem komputer.  Berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output. CPU juga adalah litar elektronik yang dinamakan ‘mikropemproses’.  Tugas CPU melaksana dan mengawal keseluruhan operasi komputer dan boleh dikatakan hampir keseluruhan pengiraan dilaksanakan di sini.  CPU mengandungi 3 komponen utama iaitu :
? Unit Kawalan (Control Unit)
Unit kawalan atau CU ini mengandungi litar yang menggunakan signal elektrik yang mengarahkan keseluruhan sistem komputer untuk melaksanakan sesuatu arahan.  CU tidak melaksanakan apa-apapun arahan sesebuah progran sebaliknya mengarahkan bahagian-bahagian tertentu dalam sistem komputer untuk melakukannya.  CU aktif berkomunikasi terutamanya dengan Arithmetik / Logic dan ingatan (memori) bagi memastikan kelancaran sesebuah sistem komputer.
     # Unit Arithmetik / Logic (ALU)
        Adalah komponen dalam CPU yang melaksanakan kesemua arahan yang melibatkan 
        pengiraan arithmetik seperti penambahan, pendaraban,, dan pembahagian.  ALU juga 
        berperanan dalam menangani permasalahan yang berkaitan logikal atau perbandingan.  Hasil
        pengiraan tersebut kemudian akan dihantar  semula kepada CU sebelum ianya dipaparkan 
        ke skrin paparan oleh CPU.
    # Pendaftar (Register)
       Merupakan storan sementara bagi arahan atau data simpanan tetapi ia bukanlah sebahagian 
       daripada ingatan utama (memori).  Data atau arahan itu adalah data yang sedang diproses 
       oleh CPU.  Selepas prosesnya selesai akan diganti data atau arahan selanjutnya dan data 
       yang siap diproses itu dihantar ke ingatan utama.  Ia bertugas mengikut arahan CU dengan 
       menerima, memegang atau memindahkan arahan atau data serta melaksanakan perbandingan
       arithmetik / logic dengan cepat.
       Sebelum sesuatu arahan dapat dilaksanakan oleh CPU, arahan program dan data diletakkan 
      di dalam ingatan utama terlebih dahulu melalui penggunaan peranti input atau storan sekunder,
      dan CPU terus melaksanakan langkah-langkah :
             #. CU mencapai arahan dari ingatan utama
             #. CU menterjemah makna arahan dan menghantar data-data diperlukan dari ingatan 
                 utama ke ALU 
             iii. ALU melaksanakan arahan dengan mengawal dan menjalankan operasi pengiraan 
                  kepada data.
             iv. ALU menyimpan hasil pengiraan dalam ingatan utama atau register.

Talian Bas ( Serial Bus)
Bas merupakan laluan elektrik di dalam sistem komputer yang membawa /memeindahkan maklumat antara kompenan-kompenan komputer.  Jumlah data atau maklumat yang dihantar bergantung kepada lebar Bas tersebut.  Setiap talian Bas mempunyai clock speed yang diukur dalam unit megahertz (MHZ).  Terdapat dua jenis Bas yang utama iaitu :
    # Bas Data – untuk memindahkan data/maklumat sahaja.
    # Bas Alamat – memindahkan alamat di mana data tersebut perlu dihantar.
      Contoh-contoh talian Bas:
            # ISA Bus (Industry Standard Architecture)
               Lebarnya 16 bit dan kelajuan 8 MHZ
            # MCA Bus (Micro Channel Architecture)
               Merupakan bas 32 bit.
            # EISA (Enhanced Industry Standard Architecture)
               Juga bas 32 bit. Sesuai untuk kegunaan server rangkaian komputer dan 
               mikrokomputer berkeupayaan tinggi.
            # NU-Bus
               Digunakan komputer jenis Apple Macintosh.
            # VL-Bus (Vesa Local Bus)
               Banyak digunakan pada komputer biasa.  Lebarnya 32 bit dan kelajuan 40 
            # PCI Bus (Peripheral Compenant Interconnet)
               Bas paling digunakan sekarang dan berkelajuan tinggi “Plug and Play”.  Lebarnya 32 
               atau 64 bit dengan kelajuannya 66 MHz.
            # USB Bus (Universal Serial Bus)
               Termoden dan mampu memindahkan data dengan kadar 12 Mbps (12 juta bit per 
               saat).

Port (Soket Luaran)
Port merupakan soket luaran yang membolehkan sistem unit sesebuah kompenan menerima sambungan dari papan litar tamabahan.  Ia juga merupakan laluan yang disambung pada kebal untuk peranti seperti monitor, pencetak, keyboard dll.  Terdapat dua jenis port yang utama :
    # Port Bersiri (Serial Port)
       Biasanya menampung connecter 9 pin (COM) seperti tetikus, papan kekunci dan modern 
       yang disambung secara serial
    # Port Selari Parallel Port)
       Menampung connecter 25 pin.  (LPT 1) port.
Lain-lain port :
     # Port Video Adapter untuk menghubungkan monitor dengan kad video adapte
     # SCSI Port untuk memindahkan data dengan kelajuan pantas
     # Port Permainan 
     # Port Lembayung Merah menggunakan frekunsi gelombang radio untuk memindahkan data

Kipas (fan)
Komponen-komponen PC akan rosak jika komponen elektrik di dalamnya terlalu panas disebabkan tempoh penggunaannya.  Oleh demikian, kipas digunakan bagi mengurangkan kesan haba seperti yang digunakan pada CPU Pentium dan 686.

Unit Bekalan Kuasa (Power Supply)
Bekalan kuasa DC diperlukan komputer bagi menukarkan bekalan voltan AC 230V, 50Hz ke voltan DC.  Biasanya ia memerlukan antara 5VDC bagi papan induk, kad penyesuai, pemacu cakera, dan litar logik manakala 12VDC untuk monitor dan lain-lain.

Pengkabelan
Ada dua kabel iaitu kabel dari pengawal ke cakera keras dan satu kabel ke cakera liut.  Kabel pengawalan dihubung secara ‘ daisy chain’ ke cakera keras, dipasang terus ke pemacu C.  kabel data akan disambung secara terus.  Pengkabelan mesti dipasang betul dengan dawai warna dijajar betul ke ‘notches’ papan induk pemacu.

 

4.      UNIT STRORAN
Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh komputer akan disimpan 
buat sementara waktu di dalam ingatan utama yang juga dikenali sebagai storan primer.  Namun ia tidak kekal dan akan hilang bila komputer di tutup.  Oleh itu, storan sekunder atau storan kedua diperlukan.  Storan kedua membolehkan data, arahan atau program komputer disimpan secara kekal.  Storan sekunder boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama berdasarkan kaedah penyimpanan dan capaian datanya.
Pemacu cakera merupakan alat yang memegang cakera bagi membolehkandata dibaca atau ditulis kepadanya.  Setiap komputer mempunyai satu atau dua pemacu yang di kenali sebagai drive A dan drive B.  Alat ini mencari, membaca, dan menulis ke atas disket di dalam sesuatu sistem komputer.  Antara jenis-jenis pemacu adalah :
   # Pemacu cakera liut
   # Pemacu cakera keras
   # Pemacu Optik
   # Pemacu Bolehubah

Cakera Liut (Floppy Disk)
Cakera yang lembut yang diperbuat dari plastik mylar serbaguna.  Ia wujud dalam dua format iaitu 3 ½ inci yang boleh menyimpan data 1.44 Megabyte dan 5 ½ inci 1.2 MB yang semakin luput.  Capaian dan penulisan data adalah kurang pantas berbanding dengan cakera keras. 
 

Cakera Keras (Hard Disk)
Merupakan plat besi yang diselaputi magnetic oxide yang boleh dimagnetkkan bagi perwakilan data.  “Keras” melambangkan keadaan fizikalnya.  Ia mampu menampung saiz data yang lebih besar dan juga mencapai data dengan cepat.  Biasanya hanya satu cakera keras yang terdapat dalam PC yang terletak dalam ‘computer case’ atau kotak CPU yang dikenali ‘drive C’.  ianya adalah kekal di dalam sistem komputer dan tidak boleh diubah-ubah seperti cakera liut.  Komponen-komponen yang terdapat dalam cakera keras ialah :
    # Plat besi (platters)
    # Pemutar (spindle)
    # Kepala baca / tulis (read / write heads)
    # Head actuator
    # Papan litar (circuit board)
Ia berfungsi dengan platters atau cakera merupakan komponen bagi menyimpan data.  Ia akan berputar pada spindle yang dipandu oleh motor apabila komputer diaktifkan.  Permukaan cakera ini mempunyai kepala baca / tulis yang membaca dan menulis data dari setiap cakera.  Komponen ini pula dipegang oleh head actuator yang membantu menggerakkan kepala baca / tulis di sepanjang cakera.  Papan litar pula membolehkan komputer menggerakkan  kepala baca / tulis merentasi permukaan cakera.  Permukaan lapisan magnet pada cakera pula terdapat bahagian-bahagian siri tertentu membolehkan komputer menentukan kedudukan di mana data disimpan dengan tepat dan pantas.
Dalam membuat pemilihan cakera keras, beberapa faktor perlu diambilkira :
    # Saiz
       Kebanyakkan komputer dalam pasaran menawarkan sekurang-kurangnya  1 GB (1 024 
       MB),iaitu boleh menampung 192 000 mukasurat penuh denganteks.  Secara puratanya 
       ruang storan yang diperlukan oleh program seperti berikut :
                   # Windows 95   :   80 MB
                   # Microsoft Office 97 : 110 MB
                   # Netscape Communicator4 :          40 MB
                   # Macromedia Authoware4  :          25 MB
                   # Adobe Photoshop 4  :          38 MB
                   # Front Page 98   :  23 MB
    # Antaramuka (Interface)
       Antaramuka atau interface merupakan kaedah yang digunakan oleh cakera keras untuk 
       berkomunikasi dengan peranti lain yang berada di dalam sistem.  Terdapat tiga 
       pengantaramuka buat masa sekarang ini iaitu :
                   # IDE (Integrated Drive Electronict)- mampu menampung dua cakera sahaja iaitu 
                     “master drive” dan “slave”.
                   # EIDE (Extended Integrated Drive Electronict)- mampu menampung empat cakera 
                      keras dalam satu masa.
                   # SCSI (Small Computer System Interface)- boleh menampung sehingga tujuh 
                      peranti.
    # Masa capaian (Seek Time)
       Masa capaian merupakan masa yang diambil read/write head pada sebuad cakera keras 
        untuk mencapai lokasi yang mengandungi data pada permukaan platters dan juga untuk 
        bergerak pada silinder yang berlainan bagi mencapai data.  Cakera keras yang berkelajuan 
        tinggi boleh mencapai paling kurang 28 milliseconds (mn) manakala cakera berkelajuan 
        rendah pula mampu mencapai paling kurang 65 ms.
        Dari segi penjagaan pula, penjagaan yang teliti akan menjamin jangka usianya dan jika 
        sebaliknya beberapa kemungkinan akan berlaku :
                i. Bad Sector iaitu merujuk kepada kerosakan fizikal yang menyebabkan cakera sukar 
                  dibaca / ditulis  sehingga menjurus kepada kehilangan data.
               ii. Head Crash iaitu dalam keadaan ini biasanya kepala baca / tulis berapungan 
                   beberapa milimeter pada permukaan cakera.  Ia berlaku berpunca daripada 
                   kehilangan kuasa elektrik atau mechanical distress yang menyebabkan kepala akan 
                   jatuh menyentuh permukaan cakera semasa cakera berputar dan menyebabkan 
                   kerosakan pada lapisan yang mengandungai data.
              iii. Fragmentation iaitu sekiranya cakera terbiar tanpa penjagaan, fail-fail di dalamnya 
                  akan berada di dalam keadaan yang tidak tersusun  di keseluruhan cakera keras. 
                  Data-data yang disimpan berselerakan dan melambatkan proses capaian data. 
              iv. Physical and File Corruption iaitu kerosakan fizikal mahupun fail yang akan 
                  menyebabkan cakera sukar dibaca dan pengguna kehilangan data.  Mungkin 
                  disebabkan habuk, rambut, ataupun sentuhan jari pada permukaan cakera.  Masalah 
                  juga akan timbul untuk membaca / tulis data pada sektor yang mempunyai medan 
                  magnet yang rendah atau sektor yang bermasalah.
                  Namun demikian cakera keras mempunyai kelebihan dari segi capaian masa dan juga
                  dapat menyimpan data yang lebih banyak serta cepat.

Cakera Bolehubah
Cakera Bolehubah merupakan sejenis storan hasil gabungan teknologi cakera keras dan juga cakera liut.  Kepantasannya lebih dari cakera liut tetapi kurang dari cakera keras.  Kadar storan data antara 100 MB sehingga beberapa gigabyte.  Jenis-jenis Cakera Bolehubah yang popular ialah :
    # Pemacu DAT (Digital Audio Tape)
    # Pemacu Kartridge

Pita Magnetik
Ia seperti pita kaset muzik.  Saiznya ½ inci lebar dan ada juga ¼ inci.  Antara format pita magnetik popular ialah seperti:
    # QIC – boleh menyimpan sehingga 4 GB
    # Travan – boleh menyimpan data sehingga 8 GB
    # DAT – boleh menyimpan data sehingga 10GB.

Cakera Optik
Di awal teknologi penggunaan komputer,cakera liut digunakan tetapi program komputer semakin komplek dan memerlukan ruang storan yang lebih besar. Oleh itu cakera optik diperkenalkan dan mendapat perhatian ramai.  Cakera optik boleh dibahagikan kepada 4 kategori :
    # CD-ROM (Compact Disk- Read Only Memory)
       Mampu menyimpan data sehingga 650-680 MB atau sama dengan 450 X 1.44 MB cakera 
       liut atau bersamaan dengan hampir 300 000 mukasurat bercetak.  Ia hanya boleh dibaca 
       sahaja tetapi tidak boleh ditulis/”save” ke dalamnya.  Ia mampu membaca teks, audio, grafik,
       video, animasi dan sebagainya.  Kelajuan pemacu CD-ROM dikeluarkan pada tahun 1984 
       1X sehingga kini kelajuanya meningkat lebih daripada 50X.
   # CD-R (Compact Disk- Recordable)
       Ia boleh ditulis dan dibaca tetapi ia hanya boleh ditulis sekali sahaja dan ia tidak boleh 
       dipadam.  Ia memerlukan perisian yang khusus seperti Easy CD Pro, Corel CD-Creator dan
       Adaptec CD Deluxe.  Biasanya jangka hayat selama 10 tahun jika dijaga dengan betul. 
       Kelajuannya kurang berbandung deb\ngan CD-ROM.
   # CD-RW (CD-Rewritable)
       Ia boleh ditulis beberapa kali dan dibaca.  Tetapi masalahnya pemancu CD-ROM tidak
       boleh membaca file yang ditulis dalam CD-RW tersebut.
    # DVD (Digital Versatile Disk)
       Mula dipasaran tahun 1996.  Ia mampu menyimpan data sebanyak 4.7 GB.  Kadar 
       pemindahan data selaju 660 KBps iaitu 8 kali ganda pantas daripada pemacu CD-ROM.