---
Arahan:
Jawab semua soalan yang diberi. Anda diberi empat pilihan jawapan iaitu [ A ] [ B]
[ C ] dan [ D ].  Pilih jawapan yang paling sesuai sebagai jawapan anda.  Kemudian
sila KLIK butang yang berkaitan dengan jawapan pilihan anda.
 
 
Contoh Butang:
                                          [ A ]   [ B ]   [ C ]    [ D ]
 
  
Soalan 1:
 
Puan Kamaliah sedang ____________ 
ikan-ikan  yang  dibeli  oleh  suaminya 
di pasar pagi tadi. 
 
 
[ A ]   memotong 
[ B ]   mengerat 
[ C ]   menyiang 
[ D ]   menyiat
 


Soalan 2:
 
Arifin marah dia diganggu kerana dia sedang _____________ membaca. 
 
 
 
[ A ]   asyik 
[ B ]   teliti 
[ C ]   cermat 
[ D ]   pantas 

 



Soalan 3:
 
Beberapa   batang jalan  tidak   boleh  
dilalui kenderaan kerana ditenggelami  air _____________  tiga meter. 
 
 
[ A ]   seluas 
[ B ]   sejauh 
[ C ]   sedalam 
[ D ]   sepanjang 
 
 


Soalan 4:
 
"Kita mesti _____________ sampan 
itu baik-baik, kalau tidak kita akan  
tenggelam dipukul ombak," kata Busu 
kepada kawan-kawannya. 
 
  
[ A ]   menunggang 
[ B ]   menarik 
[ C ]   mendayung 
[ D ]   memandu 


Soalan 5:
 
Sebahagian besar _____________ pe- 
langgan di gerai makan itu  adalah  pe- 
mandu teksi. 
 
[ A ]   dari 
[ B ]   daripada 
[ C ]   kepada 
[ D ]   pada 
 


Soalan 6:
 
Kerja _____________ songket perlu  
dilakukan dengan penuh teliti. 
 
[ A ]   menyulam 
[ B ]   menjahit 
[ C ]   mengait 
[ D ]   menenun


Soalan 7:
 
Tempat itu menjadi tumpuan mereka 
untuk berbual-bual dan ___________ 
penat setelah bekerja seharian. 
 
 
[ A ]   melupakan 
[ B ]   melepaskan 
[ C ]   membuangkan 
[ D ]   meninggalkan 
 


Soalan 8:
 
Budak yang _____________  itu  telah 
dimasukkan ke sekolah pemulihan khas. 
 
[ A ]   berang 
[ B ]   garang 
[ C ]   malas 
[ D ]   lincah


Soalan 9:
 
Pelajar yang ____________ telah men- 
dapat hadiah sebagai pembahas terbaik. 
 
[ A ]   petah 
[ B ]   lancar 
[ C ]   lantang 
[ D ]   cergas 
 
 

Soalan 10:
 
Pasukan  keselamatan  sedang  menge- 
pung  segerombolan   _____________ 
yang bersembunyi di situ. 
 
[ A ]   pencuri 
[ B ]   pengamuk 
[ C ]   pencolek 
[ D ]   pengganas 
 

Tahniah !
Anda telah berjaya menguasai kemahiran ini.
Sila teruskan pelayaran anda!
ATAU